Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Filem Yang Mesti Anda Tonton Minggu Ini



Bagi peminat filem aksi, minggu ini merupakan minggu yang sangat mengujakan kerana Jason Bourne akan menemui mereka dipanggung. Bagi yang kurang gemarkan aksi, jangan risau kerana masih ada filem top lain yang menanti untuk ditonton minggu ini.

Ini senarai 4 filem yang mesti anda tonton minggu ini.


1 - Jason Bourne
Rating IMDB : 7.3

Bagi peminat filem aksi, ini filem yang wajib anda tonton pada minggu ini. Filem siri Bourne kali ini memanggil kembali bintangnya, Matt Damon, untuk membintangi watak utama filem tersebut. Bagi yang mengikuti siri Bourne sebelum ini, anda sudah tentu tahu betapa 'lamenya' filem ini tanpa Matt Damon.

"Setelah 10 tahun meninggalkan agensi yang melatih dirinya menjadi 'senjata maut', Jason Bourne kembali beraksi selepas dia 'diumpan keluar' oleh pengarah CIA, Robert Dewey bersama ingatannya yang semakin pulih."


2 - Lights Out
Rating IMDB : 7.0
Jarang sekali filem seram mendapat rating yang tinggi di IMDB namun filem Lights Out ini mendapat rating 7.0.

"Apabila adik lelakinya, Martin, turut melalui kejadian menakutkan yang pernah dialaminya, Rebecca cuba mencari kebenaran disebalik apa yang berlaku, yang mana menemukannya dengan satu entiti yang mempunyai kaitan dengan ibu mereka, Sophie."


3 - The Legend of Tarzan
Rating IMDB : 6.7
Tarzan kembali lagi tapi kali ini dengan sedikit 'plot twist'.

"Tarzan, yang sudah mempunyai kehidupan di London, pulang semula ke rumahnya di hutan untuk menyiasat aktiviti di kawasan perlombongan."



4 - The Shallows
Rating IMDB : 6.8
Bagi peminat genre suspen, filem ini mungkin akan menyebabkan anda merasa takut untuk bersentuhan dengan air.

"Ketika 200 meter dari tepian pantai, Nancy diserang oleh seekor jerung putih yang ganas. Dalam keadaan cedera, Nancy perlu bertarung nyawa untuk menyelamatkan dirinya dari kawasan pemangsa itu."
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli