Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) [Dikemaskini] Terkini : 3 Rentung Dalam Kemalangan Babitkan Bas Ekspress, Kereta

Foto : Twitter
Kuala Lumpur, 6 Ogos - Dua dilaporkan rentung dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas ekspress dengan sebuah kereta di KM 447.7 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Rawang Selatan - Hospital Sungai Buloh malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira 8.23 malam itu dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kereta terbabit.

Dua yang rentung adalah pemandu dan penumpang kereta tersebut.

Kedua-dua kenderaan itu terbakar dalam kejadian.

Difahamkan juga, terdapat 15 penumpang di dalam bas berkenaan dan seorang pemandu namun, semua dilaporkan selamat.

BH Online melaporkan, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata seramai 14 anggota bomba bersama 3 jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Terdapat dua mangsa rentung namun, identiti mereka belum dikenal pasti.

"Operasi masih dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang rentung," katanya. Sementara itu, Twitter @plustrafik, melaporkan kejadian menyebabkan lorong tengah lebuh raya terhalang. Trafik turut dilaporkan sesak menghala selatan sepanjang lebih dua kilometer.

Selain itu, video awam yang merakamkan kejadian ketika bas itu terbakar dimuat naik di Instagram.

[Kemaskini]

Bomba sahkan tiga mangsa rentung dalam nahas babitkan bas ekpres dengan kereta di KM447.7 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan.

Ketiga-tiga mangsa adalah seorang pemandu dan dua orang penumpang kereta berkenaan.


Sumber : ,BH Online, Instagram

Foto : Twitter

Foto : Twitter

Foto : Twitter

Foto : Twitter

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli