Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

100 Cedera Selepas Bergaduh Gara-Gara Drama Televisyen

No Comment



Dhaka, 21 Ogos: Satu pergaduhan tercetus antara penduduk kampung di timur Bangladesh dek kerana satu plot dalam satu drama di televisyen India, menyebabkan 100 orang cedera.

Penduduk kampung itu berkumpula di sebuah restoran di daerah Habiganj untuk menonton drama Kinranmala, satu drama berbahasa Benggali yang mengisahkan seorang puteri menyelamatkan manusia dari kejahahatan.

Difahamkan, pergaduhan mula tercetus apabila dua lelaki bertengkar mengenai jalan cerita dalam episod drama itu. Pertengkaran kemudian merebak kepada dua kumpulan.


Penonton yang marah merosakkan restoran di kampung Dhol itu dan menyerang satu sama lain dengan kayu dan pisau.

Polis kemudian bergegas ke tempat kejadian dan terpaksa melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata untuk menyuraikan pergaduhan yang berlarutan hingga ke awal pagi keesokan.

“Pergaduhan bermula apabila dua lelaki bertengkar mengenai episod drama itu. Pertengkaran kemudian merebak menjadi pergaduhan antara dua kumpulan.

“Ketika bergaduh, mereka merosakkan restoran dan menyerang satu sama lain hingga ke pagi,” kata ketua polis tempatan, Yasinul Haque.



Sekurang-kurangnya 100 orang cedera dalam pergaduhan di kampung yang terletak kira-kira 176 kilometer ke timur laut Dhaka itu dengan 15 daripada mereka terpaksa dimasukkan ke hospital.

Sebahagian rakyat Bangladesh menyelar kerajaan di media sosial kerana membenarkan penyiaran saluran televisyen India di negara itu yang menurut mereka menyebarkan budaya permusuhan.

Sebelum ini, tiga wanita muda membunuh diri, dipercayai ada kaitan dengan Kiranmala, selepas ibu bapa mereka enggan membeli pakaian mahal yang dipakai puteri dalam drama itu.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli