Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini] Wanita Ditembak Mati Ketika di Taman OUG, Anak 8 Tahun Kritikal


PETALING JAYA: Seorang peniaga wanita maut ditembak ketika di dalam keretanya dalam kejadian di Taman OUG, Jalan Klang Lama, ibu negara kira-kira jam 2 petang tadi.

Laporan dari Oriental Daily melaporkan, penembak yang tidak dikenali itu melepaskan tembakan ke arah peniaga wanita yang sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV).

Mangsa dilaporkan mati di tempat kejadian akibat terkena beberapa das tembakan.

Difahamkan, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

FMT memetik laporan China Press berkata, tembakan itu berlaku di hadapan sebuah stesen minyak yang terletak berhampiran sebuah pasar.


NST pula melaporkan, jurucakap Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil berkata mereka menerima satu panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira jam 2 petang, yang mendakwa terdapat satu kemalangan berlaku di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, pemeriksaan susulan terhadap kenderaan itu mendapati tiada tanda kemalangan namun seorang wanita ditemui ditembak mati di tempat duduk kenderaan itu.

"Wanita itu dipercayai dibunuh ditempat kejadian", katanya. - Siakapkeli.my

Sementara itu, The Star melaporkan, anak wanita berkenaan yang berusia lapan tahun kritikal akibat terkena tembakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata ketika kejadian anak mangsa yang terkena tembakan itu berada di bahagian penumpang hadapan.

"Kami bergegas ke tempat kejadian dan menemui badan wanita itu tidak bergerak di dalam Toyota Vellfire.

"Berdasarkan siasatan, mangsa telah keluar makan di restoran berhampiran.

"Dia sedang memandu dengan lima kanak-kanak dan seorang orang gaji apabila dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaan itu dan melepaskan tembakan", katanya.

Katanya lagi, suspek dipercayai telah melepaskan lima tembakan dan salah satunya terkena leher wanita 32 tahun itu.



Sumber : FMT, NST, The Star

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli