Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Ngeri, Diseret 50 Kaki Hingga Putus Kaki


Penduduk berhampiran persimpangan Bandar Bertam, Kepala Batas petang semalam dikejutkan dengan sebuah kemalangan ngeri membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta, lapor Sinar Harian.

Ketika kejadian, mangsa berumur 40 tahun, dipercayai telah menunggang sebuah motosikal dari arah Kiosk Bertam untuk menuju ke Kepala Batas.

Namun ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, sebuah kereta jenis Produa Kenari telah datang dengan laju daripada belakangnya merempuhnya menyebabkan mangsa diseret hampir 50 meter sebelum kereta berkenaan turut merempuh sebuah kereta lain jenis Produa Axia  bewarna hitam kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut sumber, mangsa yang merupakan seorang pekerja kontrak maut di tempat kejadian setelah dirempuh oleh kereta Produa Kenari tersebut yang datang dari arah Kubang Menerong.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai keluar dari simpang Bertam Kiosk selepas lampu isyarat bertukar hijau.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terpelanting manakala motosikal jenis Honda Wave Future yang ditunggangnya diseret sejauh 50 meter oleh kereta berkenaan,” katanya.

Akibat dirempuh, kaki kanan mangsa telah putus sebelum terpelanting ke atas jalan.

“Dalam masa sama, sebuah kereta Perodua Axia yang berada berdekatan mangsa dan menunggu pertukaran lampu isyarat turut dirempuh Perodua Kenari terbabit.

“Bagaimanapun pemandu dua kenderaan itu hanya cedera ringan dan dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan mengenai kejadian masih lagi dijalankan, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli