Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Designer 28 Tahun Ini Mencipta Skarf Yang Boleh Menjadikan Pemakainya 'Halimunan' Dalam Gambar & Video

No Comment


LONDON 4 Julai - Bagi mereka yang tidak mahu gambarnya terakam ketika kamera diketik, skarf yang diberi nama ISHU mungkin penyelamat buat mereka.

Skarf yang direka oleh Saif Siddiqui itu mula mencuri perhatian apabila ia telah dipakai oleh beberapa selebriti Holywood yang terkenal seperti Paris Hilton, Cameron Diaz dan Joe Jonas.

Saif

Protal msn.com melaporkan, Saif, 28, menjelaskan bagaimana skarf itu berfungsi dengan bertindak balas terhadap flash kamera.

Menurut Saif, apabila kamera diketik, wajah pemakai skarf itu tidak akan kelihatan di dalam gambar disebabkan pantulan cahaya yang dihasilkan setiap kali terkena pancaran flash kamera.



Tambahnya lagi, idea yang menghasilkan ISHU itu diperoleh apabila seorang rakan mahu merakam gambarnya di hadapan deretan basikal semasa dia bercuti di Amsterdam pada 2009.

Pelekat pemantul cahaya pada basikal itu menyebabkan wajah saya tidak kelihatan. Saya terfikir untuk menghasilkan skarf yang pasti menjadi rebutan selebriti terkemuka,” katanya sebagaimana lapor Utusan.

Skarf ISHU membolehkan pemakainya berjalan dengan privasi walaupun gambar mereka dirakam. Gambar dan video mereka tidak akan tersebar lagi dengan mudah di Snapchat, Instagram atau Facebook,” ujarnya lagi.

Turut difahamkan, skarf itu cuma akan berfungsi pada gambar yang diambil menggunakan flash.

Kini, skarf tersebut boleh dibeli menerusi internet pada harga 289 pound (RM1,531) sehelai.

Selain dari skarf, Saif turut memperkenalkan casing telefon menggunakan fabrik yang sama untuk menjadikan pemegang telefon itu 'halimunan'.  - Siakapkeli.my


A video posted by Saif Siddiqui ISHU (@saif_sdq) on

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli