Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

TMJ Tampil Tunjuk Gambar Pendrive, Dakwa Terdapat Bukti Ketirisan FAM Di Dalamnya


Sejak minggu lalu isu beberapa pemain bole sepak negara yang menjadi tonggak pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal telah mengumumkan untuk bersara dari pasukan negara, ia telah menjadi isu yang panas diperkatakan.

Ada pihak dan beberapa tokoh bola sepak mengkritik tindakan pemain JDT berkenaan di mana mengatakan mereka tidak mempunyai semangar pasriotik kepada negara dan pelbagai kritikan.

Namun, kerana tindakan itu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mempertahakan tindakan pemainna itu.

Baginda hari ini telah tampil membidas kenyataan-kenyataan tersebutdi mana telah memuatnaik sekeping gambar menunjukkan satu ‘pendrive yang dikatakan bukti segala aktiviti FAM selama ini.

Jom kita baca apa yang baginda perkatakan.

JANGAN DIAJAK PENEMBAK TEPAT PERGI MENEMBAK

Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan.

Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu 'terima kasih'. 

Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja. Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah. 

Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini adalah 'pendrive' diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek. 

Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, 'jangan diajak penembak tepat pergi menembak'.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli