Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini] Terkini : Belon Udara Terhempas Bersama 16 Penumpang Selepas Terbakar

Foto hiasan.
Texas, 30 Julai - Sebuah belon udara panas terhempas bersama dengan 16 orang penumpang didalamnya, lapor media tempatan.

Belon itu terhempas berdekatan Lockhart, selatan bandar Austin selepas ia dilaporkan mengalami kebakaran.

RT.com melaporkan, media tempatan berkata, Jabatan Keselamatan Awam telah mengesahkan terdapat kemalangan jiwa susulan insiden namun tidak mendedahkan berapa ramai yang terkorban.

[Dikemaskini]

Dalam perkembangan terkini, AP menerusi Twitter melaporkan, pihak berkuasa tempatan berkata tiada mangsa yang terselamat di dalam nahas itu.

BBC menerusi Twitter juga berkata bahawa media tempatan melaporkan tiada yang terselamat di dalam nahas ngeri itu.
Laporan lanjut menyusul...

Sumber : RT.comNBC News

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli