Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Tahan Nak Buang Air, Lelaki Buka Seluar & Cuba Mencangkung Dalam Mahkamah di Sebelah Hakim



Zheijiang, China - Ia mungkin satu perlakuan yang tidak masuk akal, namun ia benar-benar terjadi di sebuah mahkamah di China.

Seorang lelaki dari wilayah Zhejiang bertindak menuju ke satu ruang di penjuru bersebelahan meja hakim di dalam mahkamah, sebelum membuka seluar dan cuba untuk membuang air besar.

Menurut Sohu, insiden aneh itu berlaku pada 11 Julai di dalam sebuah mahkamah di Bandar Quzhou.

Lelaki itu, yang dikenali dengan nama Mao, tampil ke mahkamah itu bagi memberi keterangan sebagai defenden dalam satu kes kemalangan trafik.

Ketika prosiding sedang berlangsung, dia tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan bergegas menuju ke penjuru di sebelah meja hakim.


Foto memaparkan Mao membuka seluarnya dan cuba untuk membuka seluar pendek bagi buang air besar sebelum hakim menghalangnya dan menangguhkan perbicaraan itu.

Selepas kejadian, Mao berkata dia sangat-sangat meminta maaf dan malu dengan perbuatannya. Dia berkata punca dia berbuat sedemikian kerana kekurangan ilmu mengenai etika dalam mahkamah.

Mao didenda 1,000 yuan (RM600) kerana mengganggu perbicaraan mahkamah. - Siakapkeli.my

Sumber : shanghaiist.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli