Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suspek Bunuh Sekeluarga Mati Ditembak Polis



Georgetown, 14 Julai: Suspek bunuh tiga sekeluarga dan seorang pemilik kilang pemprosesan ayam di Batu Maung kelmarin ditembak bati berhampiran bank di Jalan Air Itam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 malam itu, suspek dikatakan berbalas tempakan dengan sepasukan polis Bukit Aman yang menjejakinya sejak kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid, menyampaikan ucapan tahniah kepada pasukan khas Bukit Aman selepas berjaya menumpaskan penjenayah itu.

"Syabas STAFFOC @PDRMsia tumpaskan penjenayah selepas bbalas tembak di Air Itam Pg tadi. Spek disyaki tlibat kes bunuh 4 sekeluarga #GoPDRMGo", tulis beliau



Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Razaruddin Hussain mengesahkan kejayaan menumpaskan suspek namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan di lokasi masih dijalankan.

Dalam kejadian 2.55 pagi kelmarin, suspek Chung Chun Wah, 32, menembak mati ibu, adik, anak saudara serta teman lelaki ibunya di kilang memproses ayam di Jalan Baru, Batu Maung, Balik Pulau.

Suspek dikatakan berang kerana tidak mendapat wang untuk membeli dadah dan dia kemudian melarikan diri. - Siakapkeli.my

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli