Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suri Rumah Berusia 41 Tahun Disahkan Positif Difteria, Kes Pertama Libatkan Orang Dewasa Pada 2016



Negeri Sembilan, 17 Julai - Seorang suri rumah berusia 41 tahun disahkan positif difteria dan ia merupakan kes pertama kes wabak tersebut yang melibatkan orang dewasa pada tahun 2016.

Kes itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan media di laman kpkesihatan.com.

Menurut kenyataan itu, suri rumah itu mengalami demam pada 11 Julai lalu dan mengadu tonsilnya membengkak, serak suara dan sukar menelan.

"Beliau mula mengalami demam pada 11 Julai 2016 dan mengadu tonsil membengkak, serak suara dan sukar menelan. Pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada 13 Julai 2016. 

"Beliau disyaki menghidap difteria dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, dan kemudiannya dimasukkan ke wad untuk isolasi serta rawatan. Keadaan pesakit adalah stabil. 

"Pada 16 Julai 2016, ujian makmal mengesahkan bahawa beliau positif difteria. Ini adalah kes sporadik (terpencil).

"Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak pesakit ini termasuk ahli keluarga serta kakitangan kesihatan dan hospital, juga lain-lain langkah kawalan sedang dijalankan.", tulis kenyataan terbabit.

Kes terbaru ini menjadikan angka kes difteria di Malaysia meningkat kepada 15 dimana 5 darinya telah meninggal dunia.

Noor Hisham juga turut menyeru agar ibu bapa memastikan anak-anak mereka di bawah umur 7 tahun mendapatkan imunisasi 5-serangkai yang lengkap.

Sumber : kpkesihatan.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli