Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sultan Johor Menang Bidaan Nombor Plat 'F1'



PUTRAJAYA 1 Julai - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan F1 dengan nilai sebanyak RM836,660.

Keputusan itu kini boleh dilihat di bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Putrajaya dan semua JPJ negeri bermula jam 3 petang tadi, lapor Utusan Online.

Sebelum ini, JPJ menganggarkan bidaan terhadap nombor F1 mencecah RM 1 juta.

Nombor plat F2 pula dibida pada harga RM514,800 oleh Goh Fong Yee, diikuti  dengan nombor plat F9 oleh Trans Penang Inn Sdn Bhd serta F7 oleh Pli Trading Sdn Bhd dengan masing-masing dibida pada nilai RM404,800 dan RM396,000.

Nombor plat F8 pula dibida dengan harga RM385,000 oleh Tse Modul Inisiatif Sdn Bhd, diikuti F5 dibida oleh Wee Ka Keng dengan nilai RM366,250. Plat F333 dibida pada nilai RM355,000 oleh Lee Chan Char, diikuti F3 yang berharga RM344,300 oleh Herald Accord Sdn Bhd.

Nombor plat F22 dibida RM250,800 oleh Jajaran Kilat Enterprise manakala F4 dibida RM250,000 oleh Mohd Johann Hamzah, lapor BH Online.

Sultan Johor sebelum ini turut memenangi bidaan untuk nombor pendaftaran WWW1 dengan nilai RM 520,000. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli