Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Ingat Kita Tak Hisap Rokok Depan Anak Kecil Mereka Selamat Dan Bebas Dari Bahaya

No Comment


Sudah pasti ramai antara kita yang merupakan seorang bapa yang merokok, ramai bapa-bapa dilihat akan keluar merokok di luar rumah jika terdapat anak kecil bagai mengelakkan anak kesayangan itu tidak terhidu asap rokok.

Pada hemat kita, tindakan berkenaan sudah pasti akan memastikan anak kecil kita itu bebas dari bahaya asap rokok yang dihisap kita.

Tertapi ternyata segala yang kita sangka dan lakukan selamat ini sebenarnya tetap mendedahkan anak-anak kecil kita kepada bahaya merokok walaupun kita hisap jauh daripanya.

Dikongsikan oleh seorang konsaltan kesihatan, saudara Faris Rosli  tentang kisah ini, beliau mendedahkan fakta yang merokok jauh daripada kanak-kanak kecil tetap merbahaya kepada mereka kerana bahan kimia daripada rokok yang terkena di badan kita boleh berpindah kepada si kecil daripada sentuhan.

Jom kita baca lebih detail.


Seorang ayah datang membawa anak kecil berumur setahun yang kelihatan sedikit tercungap-cungap. 

Diselang seli batuk yg kuat, kanak-kanak comel itu terkekek-kekek ketawa menampakkan dua batang gigi saat saya meletakkan stethescope di dadanya. 

"Paru2 ada bunyi (ronchi) macam lelah sikit, encik. Kita bagi dia nebulizer sekejap ye." 

Si ayah mengangguk perlahan. Saat saya meletakkan nebulizer masak untuk anak tersebut yang dipangku ayahnya, bau rokok menerpa masuk ke hidung. 

"Encik merokok ke?" 

Sambil mengangguk perlahan dia menjawab, 

"Merokok. Tapi di luar rumah je. Saya memang jaga, tak merokok depan anak2-anak. " 

Saya bertanya lanjut, beliau dan isteri tiada sejarah asma (lelah). Namun anak2 mereka berumur sebulan & 3 tahun sudah kerap berulang alik ke klinik untuk mendapatkan nebulizer. 

"Dr kata anak yg 3 tahun tu dh kena asma dan perlu start ubat pam (inhaler) tapi saya tak bagi. 

Nanti susah kena pakai berterusan pula. Ada kawan yg pakai pun tak sembuh juga. Kalau boleh saya tak nak biasakan anak dengan ubat-ubatan lagi.

" Saya hilang kata2. 

Kesalahan merokok itu bagi saya sudah cukup berat bagi si ayah yang punya anak kecil, menafikan hak seorang anak untuk mendapat rawatan terbaik menambah lagi bebannya. Tiada ayah yang tidak menyayangi anak-anaknya, namun mungkin masih kurang kesedarannya.. (mungkinkah??) 

FAKTA... 

# Tidak merokok secara direct di hadapan kanak-kanak, orang dewasa lain tidak bermakna ia tidak membahayakan. Bahaya passive smoker atau third stream smoker adalah berganda berbanding si perokok! 

Nikotin yang melekat pada baju,kulit serta tubuh badan si ayah yang merokok boleh dipindahkn ketika memeluk,mendukung & mencium anaknya. 

# Ubat asma tidak menyembuhkan namun utk mengawal daripada semakin teruk. Malah kanak2 yg mendapat rawatan, namun berterusan terdedah dengan asap rokok sbg passive smoker/third stream smoker berisiko dengan serangan lelah yg akut. 

# Hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang mempunyai sekurang2nya seorang perokok. 

# Menurut kajian,kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ubat asma tidak berkesan 100% Justeru, diharapkan agar ayah2 yg penyayang di luar sana dapat menimbang utk berhenti merokok, kelak tidak memberi mudarat pada org di sekeliling terutama anak2 kecil. Mohon share!

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli