Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saintis Lukis Mata Palsu di Punggung Lembu Untuk Lindungi Haiwan Ternakan Itu Dari Serangan Singa

No Comment

Ia mungkin kedengaran seperti idea yang tidak masuk akal, tapi dengan melukis sepasang mata palsu di punggung lembu dipercayai boleh melindungi haiwan ternakan itu dari serangan singa.

Seorang saintis dari pusat UNSW untuk Ekosistem, Dr. Neil Jordan berkata, idea itu pada asalnya bukan untuk melindungi lembu, tetapi untuk melindungi singa Africa yang hampir pupus dari diserang oleh manusia apabila ia menyerang lembu-lembu ternakan penduduk sekitar.

"Memandangkan kawasan habitat mereka menjadi lebih kecil, lebih banyak singa yang datang ke tempat yang didiami manusia", kata Neil.

Jadi, bagi membolehkan manusia dan lembu mereka 'hidup bersama' dengan singa, Jordan tampil dengan idea yang diharapkannya boleh melindungi singa-singa itu dari keganasan.

Menurut Jordan, mata di punggung lembu itu boleh menipu singa-singa itu supaya berfikir mereka telah dilihat, yang mana akan menyebabkan haiwan pemangsa itu membatalkan niatnya untuk menyerang.



'Mata palsu' sememangnya terkenal sebagai satu bentuk perlindungan dalam alam semula jadi. Seperti contoh, sesetengah kupu-kupu mempunyai corak seperti mata di belakang sayap untuk menghindari dirinya dari burung.

Dr. Jordan tampil dengan idea melukis mata di punggung lembu itu ketika melihat satu insiden seekor singa menyerang impala.

"Singa sejenis pemangsa yang menyerang hendap. Jadi mereka menghendap senyap-senyap dan apabila semakin dekat mereka akan menerkam tanpa dilihat. Tapi dalam kes ini, impala tersebut berjaya mengesan singa itu. Setelah singa itu perasan dia sudah dilihat, ia membatalkan niat untuk menerkam impala itu.", kata Jordan.

Tahun lepas, Jordan bekerjasama dengan Bostawana Predator Conservation Trust (BPCT) untuk mengaplikasi strategi tersebut yang dipanggilnya sebagai 'iCow'. Mereka melukis mata palsu di 1/3 dari sejumlah 62 ekor lembu dan akan mengira jumlahnya setiap malam.

Selepas 10 minggu, keputusan yang terhasil amat memberangsangkan. Tiga dari lembu yang tidak dilukis dengan mata palsu dibunuh oleh singa dan tiada seekor pun lembu dengan mata palsu dibunuh.

Bagaimanapun, sampel itu terlalu kecil untuk mengesahkan bahawa 'iCow' adalah efektif atau ianya hanya kebetulan. - Siakapkeli.my

Sumber : Oddity Central
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli