Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Malaysia Makan 1.8 Juta Ayam Sehari

No Comment


KEPALA BATAS, 17 Julai - Ayam menjadi pilihan rakyat Malaysia di negara ini sebagai sumber protein yang murah jika dibandingkan dengan sumber lain.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, rakyat di negara ini memakan sejumlah 1.8 juta ekor ayam setiap hari.

"Rakyat Malaysia kebanyakannya memilih ayam untuk sumber protein dan memakan sejumlah 1.8 juta ekor ayam dalam sehari," kata beliau.

Selain itu, beliau juga mendedahkan rakyat Malaysia memakan telur sebanyak 2.8 juta dalam masa sehari.

Ahmad Shabery berkata, protein yang paling murah adalah ayam biarpun terdapat sumber protein lain seperti ikan.

"Jadi tidak boleh kita kata ayam mahal, tidak boleh, sebab ayam masih yang paling murah, protein yang murah. Dulu orang kata ayam mahal, sekarang ini ayam paling murah, ayam paling penting," katanya.

Beliau berkata dalam tempoh seminggu, pengeluaran ayam di Malaysia adalah sebanyak 13 juta ekor dan hanya 12 juta untuk kegunaan tempatan.

"Baki satu juta dieksport ke Singapura dan negara lain. Secara total pengeluaran ayam di negara ini ialah 110 peratus," kata Ahmad Shabery.

Sumber : Sinar Online.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli