Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Tingkatan Dua Maut Dihempap Tiang Gol Ketika Subjek Pendidikan Jasmani



GUA MUSANG, 12 Julai: Seorang pelajar tingkatan dua di SMK Tengku Indera Petra 2 maut selepas dihempap oleh tiang gol yang tumbang di padang sekolah itu dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi.

Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin, 14, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

BH Online melaporkan, ketika kejadian, mangsa sedang bermain bola dengan rakan semasa menjalani subjek Pendidikan Jasmani dengan ditemani seorang guru.

Rakan kepada mangsa, Wan Mustakim Wan Musa, 14, berkata dia ternampak mangsa cuba menendang bola tetapi terjatuh di depan pintu gol kerana padang licin.

Beliau berkata, arwah terjatuh dalam keadaan tertiarap dan tiba-tiba tiang gol besi itu tumbang menghempap kepala mangsa.

"Saya bersama rakan yang lain bergegas ke arah Nik Mohd Lutfi untuk memberi pertolongan dan mengangkatnya tetapi darah keluar melalui hidung serta telinga sebelum dia meninggal dunia.

"Rasa amat sedih melihat kejadian itu kerana rakan baik saya itu amat ceria pada hari ketiga sekolah dibuka selepas Aidilfitri hingga bermain bola pun bersemangat pada pagi ini," katanya.

Seorang lagi rakan mangsa yang bermain di posisi penjaga gol pula berkata mangsa terjatuh di depan tiang gol tersebut.

Mohd Farid Mohd Razali, 14, berkata ketika itu dia sedang mengejar bola yang bergolek di luar padang dan tidak jauh dari tiang gol yang tumbang.

Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli