Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mentua Dan Menantu, Elakkan Membanding Cara Mendidik Anak Dengan Cara Orang Lain Mendidik Anak

No Comment

Melalui alam rumah tangga adalah satu pengalaman hidup yang amat menyeronokkan apabila kita di satukan dengan insan tersayang.

Kita akan mendapat keluarga baru, dan sudah pasti mak baru iaitu mentua kita di mana harus kita sayang dan kasih seperti emak kandung sendiri kerana itu adalah ibu kepada suami atai isteri kita.

Tapi, ramai tidak mengenali perangai mentua sehingga sudah berkahwin, ada yang memang 'sporting', ada yang tidak kisah, ada yang cerewet dan pelbagai jenis lagi perangai.

Apabila anda mendirikan rumah tangga atau anak anda mendirikan rumah tangga, mentua dan menanti perlulah mengelakkan beberapa perkara untuk memastikan hubungan antara mentua dan menantu menjadi seperti anak sendiri.

Untuk mertua dan bakal mertua!!

Anda harus buang rasa ego, jangan kerana status anda sebagai “ibu” dan lebih tua, maka anda ingin menunjukkan sifat “bos” anda anda ingin anak menantu menurut telunjuk dan kehendak anda sahaja. Ingat! Sikap sedemikian akan menjadikan mereka rimas dan tidak selesa dan jika tidak dibendung mereka mungkin akan menjauhi anda demi untuk mengelakkan pertelingkahan.

Jika tidak ada apa-apa kesilapan dalam rumahtangga anak menantu anda, jangan sekali-kali anda mencampuri urusan mereka. Contohnya, dalam mendidik anak-anak mereka biarlah mereka mendidik anak-anak mereka dengan cara mereka sendiri kerana setiap ibubapa pasti ada cara tersendiri. Usah mengkritik dan membandingkan cara mereka mendidik anak-anak mereka dengan cara anda mendidik anak anda sebelum ini.

Jangan suka membebel! Siapa tidak rimas jika kalau mulut anda asyik membebel itu dan ini saja. Tolonglah! kerana bebelan anda itu meniggalkan kesan yang amat dalam benak fikiran mereka bahkan boleh juga meresap ke fikiran cucu-cucu anda.

Sebagai mentua, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menegur jika anak menantu melakukan kesilapan. Namun ingat, teguran mestilah secara berhemah dan berlemah lembut. Jangan sampai memalukan dan menjatuhkan air muka mereka di hadapan orang lain, lebih-lebih lagi bukan ahli keluarga anda.

Buat menantu dan bakal menantu!!

Walau apa pun, anda perlu menghormati dan menyayangi mentua seperti ibu kandung anda sendiri.
Apabila anda menganggap mentua nada sebagai ibu anda sendiri, barulah anda tidak akan salah faham dengan setiap teguran dan tindakan yang diberikan.

Kadangkala menjadi sifat orang tua, gemar membebel,mengkritik dan menegur bila ada sesuatu yang tidak kena. Jadi anda perlu bersabar dan memahami bahawa mereka berniat baik.
Janganlah bersangka buruk terhadap mereka!

Kadangkala memang terdapat perbezaan pendapat di antara menantu dengan mentua; apatah lagi disebabkan oleh perbezaan umur. Jadi sebagai menantu, tiada salahnya jika anda mengalah.
Jangan membandingkan mentua dengan ibu kandung anda sendiri kerana ia akan membuatkan keadaaan bertambah teruk.

Anda perlu menerima mentua anda seadanya, sebagaimana dia menerima diri anda seadanya.
Sentiasa berperasangka baik terhadap dirinya walau pun kadangkala sikapnya itu memang menduga kesabaran anda.

Ada nak tambah??

- Siakapkeli.my

SUMBER
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli