Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Ditahan Selepas Dipercayai Tertembak Rakan Ketika Memburu

No Comment


KUALA KLAWANG: Seorang pemburu ayam berusia 52 tahun ditahan polis selepas dia dipercayai tertembak rakannya ketika keluar memburu ayam d alam kejadian di Hutan Simpan Rangoi petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othamn Basri, dalam kejadian itu suspek yang memegang selaras senapang patah dikatakan tergelincir sebelum senjatanya meletup.

"Ketika itu, rakannya berusia 56 tahun yang berjalan kira-kira dua meter di hadapan sebelum menjerit kesakitan. 

"Suspek segera memeriksa rakannya dan mendapati peluru senapang terkena punggung lelaki itu. Dia menghubungi rakan lain bagi meminta bantuan membawa mangsa ke klinik," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 dan polis merampas senapang miliknya selain kelongsong peluru dan buku lesen senjata - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli