Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kunanlan Ikut Jejak Langkah Aidil Zafuan & Safiq Rahim Umum Persaraan dari Skuad Kebangsaan



KUALA LUMPUR 14 Julai - Pemain bola sepak, S. Kunanlan mengikut jejak langkat Aidil Zafuan dan Safiq Rahim apabila mengumumkan persaraannya dari mewakili skuad kebangsaan.

Pemain sayap Johor Darul Takzim (JDT) itu membuat pengumuman tersebut melalui laman web rasmi kelab tersebut sehari selepas Aidil dan Safiq Rahim berbuat demikian.

Saya mengambil keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan di mana penampilan terakhir saya ialah ketika menentang Papua New Guinea dalam satu aksi persahabatan baru-baru ini.

"Apa pun saya bangga sekali kerana dapat menyarung jersi kebangsaan sejak dalam skuad bawah 23 tahun negara hingga sekarang. Terima kasih kepada yang menyokong dan membimbing saya selama ini. Saya akan sentiasa menghargainya,” kata Kunanlan dalam laman web itu.

Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan mengenai spekulasi beberapa pemain skuad kebangsaan mahu bersara.

Bagaimanapun setakat ini belum ada lagi pengumuman rasmi dibuat seorang lagi pemain penyerang JDT, Mohd. Amri Yahyah yang turut dilaporkan akan menggantung but dalam tempoh terdekat ini.

Sumber : Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli