Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kereta RM 21 Juta Hancur Ketika Sedang Diuji


Jerman, 19 Julai - Sebuah kereta Koenigsegg yang bernilai £4 million (RM21 juta) hancur ketika sedang diuji di litar di Nürburgring, Jerman.

Kereta model 'One:1' itu sedang diuji di litar berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada Isnin.

Pemandu kereta berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika sedang melalui bahagian yang paling sukar di trek tersebut.

Disebabkan itu, kereta terbabit melanggar penghadang jalan yang menyebabkan bahagian hadapan dan belakang kereta itu rosak teruk.

Kereta tersebut juga mengalami kebakaran kerana pelanggaran ketika bergerak dalam kelajuan tinggi.




Menerusi satu kenyataan, Koenigsegg mengesahkan bahawa pemandu kereta berkenaan dibawa ke hospital sebagai 'prosedur standard' dan dibenarkan keluar pada petang hari yang sama.

Syarikat itu menambah : "Koenigsegg adalah kereta berprestasi ekstrim dan mesti diuji sepenuhnya.

"Kebimbangan utama kami sentiasa pada keselamatan pemandu dan apa-apa ujian disusun dan dijalankan dengan sewajarnya.





Syarikat itu juga lega dengan insiden itu dengan berkata ia membuktikan sistem keselamatan pada kereta berkenaan terbukti boleh melindungi pemandunya.

Koenigsegg hanya membuat tujuh kereta model One:1 itu dan ia dipercayai kereta produksi yang terpantas  di dunia.

One:1 dikuasakan dengan enjin 5 liter yang boleh menghasilkan 1,342 bhp dan kereta itu boleh mencapai 0-100 km/h dalam masa kurang dari tiga saat.

Kereta berkenaan boleh bergerak dari 0-400 km/h dalam masa 20 saat.

One:1 dijual pada harga pembukaan £2.8 juta (RM14 juta) oleh Koenigsegg namun versi 'development' kereta itu dijual pada harga £5.5 juta (RM28 juta) oleh pengimport kereta Supervettura.

One:1
Kereta One:1 yang terlibat dalam kemalangan itu menjadi mahal kerana pernah memegang beberapa rekod.


Rekod pusingan semasa untuk kereta produksi bagi litar Nurburgring - litar sepanjang 20 km - adalah enam minit 57 saat, yang dipegang oleh Porsche 918 Spyder. - Siakapkeli.my


Sumber  : Metro.co.uk

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli