Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kapal Dari Turki Belayar Ke Gaza, Bawa Hadiah Dan Bekalan Sempena Hari lebaran


Sebuah kapal bantuan dari Turki yang membawa 11,000 tan dan sepasukan sukarelawan dilaporkan telah berlepas semalam menujuk ke Gaza.

Kapal The Lady Leyla ini telah berlayar menuju ke pelabuhan Ashdod Israel di mana bantuan ke Gaza akan dibawa masuk melalui sempadan Israel menggunakan jalan darat.

Kerajaan Turki dan beberapa NGO telah mengirimkan kira-kira 2,000 tan beras, 5,000 tan tepung, 3,000 tan gula, 500 tan minyak masak dan lebih 10,000 ribu paket makanan selain 130,000 pasang pakaian termasuk kasut dan barang mainan.

Ia adalah bekalan kepada penduduk Gaza yang bakal menyambut hari lebaran beberapa hari lagi di mana kapal berkenaan dilaporkan belayar selama 30 jam sebelum sampai ke perlabuahnAshdod.

Barang-barang yang dihantar berkenaan adalah hasil kutipan dari rakyat Turki, NGO-NGO dan dana kerajaan.

"Barang-barang yang dibawa di atas kapal berkenaana dalah ahdiah daripada rakyat Turki kepada saudara-saudara mereka di Gaza menjelang Aidil Fitri," kata Menteri Pembangunan Turki, Lutfi Elvan pada upacara perlepasan kapal berkenaan di perlabuhan Mersin.

“Ia adalah hadiah daripada saudara-saudara di Turki kapada saudara-saudara di Gaza"

Beliau dalam pada itu mengucapkan terima aksih tidak terhingga kepada Presiden Turki Recep Tayip Erdogan kerana pemulihan hubungan antara Turki dan Israel yang membolehkan bantuan kepada Palestin lebih mudah disalurkan.

Duta Besar Palestin ke Turki, Faed Mustafa memuji tindakan Turki berkenaan dengan meyifatkan Turki adalah sebuah negara yang menjadi pendokong utama kepada pembentukan negara Palestin.

Hubungan diplomatik antara Turki dan Israel dihentikan sebelum ini selepas tentera Israel telah menyerbu kapal bantaun Gaza milik Turki iaitu Mavi Marmara di perairan antarabangsa yang mengorbankan 10 orang sukarelawan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli