Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kadar Parkir Kereta Di Kuala Lumpur Naik 150%


Bermula hari ini, kesemua parkir milik pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dinaikkan berkuatkuasa hari ini, lapor portal The Star.

Kenaikan berkenaan dilaporkan sebanyak hampir 3 kali ganda atau 150 peratus iaitu 80 sen bagi sejam pertama tempat letak kereta sebelum ini dan kini kadarnya ialah RM2, sementara jam kedua dan seterusnya mengenakan caj RM3.

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dalam peningkatan kadar berkuatkuasa hari ini ialah Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Sri Ismail dan Bangsar.

Berdasarkan laporan The Star juga, kenaikan kadar di kawasan lain akan dikuatkuasakan secara berperingkat bermula hari ini sehingga 1 Ogos.

Antara tempat letak kereta milik DBKL di luar pusat perniagaan di ibu kota yang akan terlibat kenaikan harga termasuk di Brickfields, Taman Maluri, Cheras, Wangsa Maju dan Setapak juga dijangka meningkat, menurut laporan itu.

Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, langkah menaikan kadar parkir kereta ini diambil sebagai satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan dalam bandar, menggalakkan berkongsi kereta, dan bukan menyasarkan kepada mengaut keuntungan.

Menurut beliua, kira-kira 50,000 kereta baharu didaftarkan di KL setiap bulan dan pelaksanaan kenaikan kadar cas parkir berkenaan diharap dapat menggalakkan sekurang-kurangnya sejuta pemandu solo, mempertimbangkan kaedah menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke pejabat.

“Jika anda dapat mengelak sejuta kereta memasuki pusat bandar, anda akan dapat menikmati jalan raya lapang seperti ketika sambutan Hari Raya minggu lalu.

“Ini bermakna semua orang dapat pulang ke rumah lebih cepat, meluangkan masa berkualiti dengan keluarga dan buat apa yang mereka suka,” kata dipetik laporan The Star.

Beliau dalam apda itu berkata maksimum parkir had dua jam yang diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor awal bulan ini, belum boleh diguna pakai. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. kos sara hidup semakin meningkat tp gaji tetap begitu..hurmmm..

    BalasPadam
  2. saya suka bila datuk bandar kata "langkah menaikan kadar parkir kereta ini diambil sebagai satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan dalam bandar, menggalakkan berkongsi kereta, dan bukan menyasarkan kepada mengaut keuntungan" tetapi hakikatnya? mmg utk mengaut untung kan? nonsense!

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli