Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jasad Pengusaha Lemang Popular Selamat Dikebumikan

No Comment


Kuala Lumpur, 9 Julai: Pengusaha lemang yang terkenal, Pak Ali, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat pagi tadi.

Allahyarham Pak Ali atau Md Ramli Abdul Rasip, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada 3.40 petang semalam.

Perniagaan lemang Gerai Pak Ali Lemang Asli diusahakan oleh arwah pada 1984 berdekatan susur masuk ke Taman Melawait.

Arwah merupakan seorang yang sangat arif mengenai lemang dan sentiasa menjaga kualiti lemangnya.

Memang beginilah keadaannya pada hari-hari terakhir Ramadan dan kami begitu sibuk kerana pelanggan meningkat mendadak serta berganda berbanding hari biasa. Ini disebabkan, pakcik tidak menjual 'lemang rebus',

“Bagi mereka yang tahu dan hendak makanan sedap pastinya akan cari yang asli,” katanya.

"Saya menggunakan bahan seperti garam, santan dan beras pulut, sama saja dengan peniaga lain. Cuma, rasanya berbeza mungkin disebabkan sukatan dan kualiti bahan digunakan.”

"Aroma daripada santan dan pulut yang dibakar menggunakan kayu getah berbau harum dan boleh membangkitkan selera pelanggan singgah ke gerai kami. Kayu getah juga menjadikan lemang ini bertambah sedap,”, kata Arwah menerusi beberapa petikan temubual dengan akhbar Berita Harian dan Bernama sebelum ini.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli