Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Biarkan Anak-Anak Kecil Anda Bermain Atau Peluk Kucing Terbiar

No Comment

Seperti kita sedia maklum, begitu banyak haiwan terbiar seperti kucing atau anjing di luar sana yang tidak dijaga atau diuruskan dengan baik di mana haiwan ini berkeliaran merata-rata tempat.

Haiwan-haiwan ini merayau ke pelbagai jenis tempat sama ada kawasan bersih, semak samun atau ke longkang-longkang yang kotor, jadi tidak hairanlah ada antara haiwan-haiwan ini dihinggapi dengan pelbagai jenis serangga parasit seperti kutu, sengkenit dan pelbagai lagi.

Jadi, elakkan anak kecil anda daripada bermain dengan haiwan-haiwan terbiar ini, bukan kerana haiwan-haiwan ini terbiar, tetapi demi keselamatan anak kecil anda.

Sekali kena gigit, orang dewasa pun boleh demam dan meraung bila nak buang.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nadhrah Zulkifli di mana beliau telah memuatnaik dua keping gambar yang mendakwa telinga anak rakannya telah dimasuki sejenis kutu atau sengkenit.


Berdasarkan gambar berkenaan katanya serangga parasit iaitu sengkenit berkenaan telah bertelur dan menghisap darah di dalam telinga bayi tersebut.


Beliau juga mengingatkan supaya orang ramai tidak membiarkan anak kecil mereka bermain atau peluk kucing liar.

Sengkenit kebanyakkan terdapat di dalam semak samun tidak kiralah di dalam hutan atau berhampiran rumah anda, jadi bila haiwan peliharaan anda melalui kawasan semak mungkin menyebabkan haiwan peliharaan anda dihinggapi serangga penghisap darah ini.

Ia bukan semata-mata merebak melalui haiwan liar atau haiwan peliharaan, serangga ini juga boleh mehinggapi kita apabila kita melalui kawasan tempatnya membiak.

Apapun untuk mengelakkan serangga ini menghinggapi anak kecil kita, pastikan haiwan peliharaan anda sentiasa dibersih dan dimandikan. - Siakapkeli.my

Sengkenit atau juga dikenali sebagai kutu babi, Gambar: Google
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli