Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Halal Korea Sahkan Produk Yopokki Yang Dieksport Ke Malaysia Adalah Tidak Halal


Pihak Halal Korea melalui laman Facebooknya semalam telah mengeluarkan kenyataan penting kepada rakyat Malaysia beragama Islam di mana memberitahu bahawa Yopokki yang memasuki pasaran Malaysia adalah tidak halal.

Menurut mereka, produk keluaran Young Poong berkenaan memang mendapat kelulusan halal dari Indonesia tetapi produk halal belum dieksport ke mana-mana negara.

"Yopokki yang diekasport ke Malaysia ketika ini adalah tidak halal di mana ia mengandungi 'wain beras'," tulis mereka.

Hasil carian kami di media sosial, ternyata produk berkenaan memang dijual di Malaysia di mana ia dijual dan dibeli oleh orang Islam.

Selain itu, menurut Halal Korea, logo halal dari Majlis Ulama Indonesi (MUI) yang terdapat pada label Yopokki tersebut adalah logo palsu yang sengaja ditampal.

"Semua logo halal perlulah dicetak pada bungkusan secara terus untuk mengelakkan sebarang pemalsuan."

"Kami telah mendapat pengesahan daripada pihak Young Poong sendiri yang menyatakan bahawa pengedar dari Indonesia telah melakukan pemalsuan dan menjual Yopokko tidak halal kepada Muslim di Indonesia," katanya mereka lagi.

Berikutan itu pihak Young poong telah berjanji untuk meneliti perkara ini dan memberitahu keputusannya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli