Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak Perempuan 11 Tahun Jual Soda di Texas Untuk Kumpul Dana Bagi Bina Rumah Untuk Rakyat Malaysia Yang Miskin

No Comment


Kuala Lumpur : Mungkin bagi kanak-kanak sebayanya, musim panas adalah masa untuk bermain tapi bagi Ella Pung, ia adalah masa untuk menabur bakti kepada masyarakat.

Ella Pung, kanak-kanak kelahiran Malaysia duduk di luar garaj rumahnya sepanjang hari di Austin, Texas, untuk menjual air soda dengan tujuan mengumpul dana bagi membina semula rumah-rumah rakyat Malaysia yang miskin.

Kanak-kanak itu yang sudah 9 tahun menetap di Texas menghabiskan masanya menjual soda bagi Projek Wumah - satu projek untuk membina semula rumah-rumah orang Malaysia yang miskin tegar.

"Saya sangat kasihan melihat orang-orang yang tidak mempunyai makanan yang cukup atau mempunyai rumah untuk hidup. Saya ingin membantu. Dan saya sedar menjual minuman adalah antara inisiatif yang boleh saya lakukan sendiri.", kata Pung menerusi temuramah emel dengan portal The Star.

Ella terinspirasi oleh datuk saudaranya, yang juga personaliti radio dan pelakon, Patrick Teoh dan pengasas projek Wumah, David Wu, yang menyahut cabaran untuk berbasikal ke China bagi mengutip dana untuk projek tersebut.

"Ibu saya dermakan soda-soda untuk dijual. Saya mahu membayarnya kembali tapi dia juga mahu lakukan bahagiannya (menderma)", kata Ella.

Dari pukul 6.30 pagi, Ella akan membuka gerai - yang hanya dilengkapi dengan sebuah cooler dan papan tanda kecil -  seterusnya menunggu pembeli datang membeli air-air sodanya.

"Pada mulanya, tak ada orang yang datang. Abang saya, Ian, beri saya lima dollar dan saya bagi dia air soda. Dia adalah pelanggan pertama saya"

Ella berkata dia kemudian dikunjungi beberapa pembeli yang baik hati yang turut sama mahu menderma untuk projeknya itu.

Namun, projek Ella mula menjadi tumpuan apabila ibunya berkongsi kisahnya itu di Facebook. Beberapa jiran dan rakan Ella mula datang untuk turut sama membeli sambil menderma. Malah ada juga yang menghulurkan duit ekstra untuk Ella.

Ella telah berjaya menjana US$51 (RM204) hasil dari jualan sodanya. Dia kemudian menderma kesemua duit itu kepada Projek Wumah.

Kisah Ella pula mula menjadi tumpuan orang Malaysia apabila Teoh memuat naik cerita itu di Facebook.

Ibu kepada Ella, Corinne Teoh, 49, berkata : "Kadang-kadang, saya rasa Tuhan letakkan dia dalam kehidupan kita kerana Dia mahu mengajar kita semua menjadi manusia yang lebih baik dan sayangkan dunia ini"

Sementara itu, Ella berkata mahu meneruskan aktiviti-aktiviti mengutip dana.

"Rancangan saya untuk esok adalah untuk menyambung menjual air. Kali ini, saya bercadang untuk menjual air di tempat kerja ibu saya", katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli