Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bomba Temui RM30,000 Dalam Kebakaran, Pulangkan Wang Kepada Pemilik

No Comment


JOHOR BHARU, 3 Julai: Seorang anggota bomba bukan sahaja menjalan tanggungjawab memadamkan kebakaran malah turut jujur dengan memulangkan wang tunai sebanyak RM30,000 yang ditemui ketika memadamkan sebuah premis yang terbakar.

Bomba tersebut, Hairul Mat Nin, 33, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bharu menemui wan gitu di sebuah kedai dua tingkat di Jalan Tanjung, Taman Penggawa Barat.

Hairul antara 16 anggota bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian pada 4 petang Jumaat.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemilik kedai memberitahu terdapat sejumlah wang disimpan di tingkat atas dan meminta kami untuk menyelamatkannya jika boleh.

"Apabila memasuki kedai itu yang masih terbakar, saya menuju ke tingkat atas dan menjumpai sejumlah wang tunai dalam mata wang asing dan tempatan yang tersimpan di antara dokumen, buku dan perabot di ruang tamu," kata bapa kepada dua anak itu sebagaimana lapor mStar Online.

Hairul berkata, wang tunai yang ditemui semasa memadam kebakaran itu merupakan nilai terbesar yang pernah ditemui.

"Pemilik premis memberi kepercayaan kepada saya untuk mencari wang tunai itu.

"Kami perlu mengembalikan kepercayaan ini dengan memulangkan wang tersebut kepada pemiliknya.

"Walaupun ia tugas sukar untuk memadam kebakaran terutama pada bulan Ramadan, apabila melihat senyuman pemiliknya ia sesuatu yang tidak ternilai," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli