Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Balik Beraya di Kampung, Tidur di Hotel Kini Jadi Trend

No Comment


KUALA LUMPUR, 9 Julai – Konsep pulang beraya ke kampung, namun tinggal di hotel kini semakin menjadi trend dalamkalangan rakyat Malaysia zaman kini dengan ramai yang memberikan alasan ia dilakukan atas faktor keselesaan.

Biarpun ada yang kurang bersetuju dengan trend itu, namun jumlah ahli keluarga yang terlalu besar, anak-anak yang masih kecil atau tiada rumah ibu bapa di kampung menyebabkan sesetengah hotel di negara ini sebenarnya hampir penuh pada minggu pertama Aidilfitri.

Seorang pekerja swasta, Fatin Hamimah Yusof, 26, berkata trend itu bagi keluarganya disebabkan keselesaan memandangkan ahli keluarga yang besar.

Menurut Fatin lagi, rumah datuknya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang hanya mempunyai tiga bilik sedangkan setiap kali Aidilfitri, lebih 30 orang ahli keluarga berkumpul di rumah itu.

Menurut anak kelima daripada enam adik-beradik itu, sejak tahun 2010, dia dan ahli keluarga memilih tidur di homestay atau hotel antaranya Hotel Pearl View, Butterworth dan DND Homestay.

Akui Fatin, pada awalnya ramai yang membantah cadangan tersebut, namun ia diterima kemudiannya atas keselesaan semua pihak.

Sementara itu, bagi seorang pereka di sebuah syarikat swasta, Amirrul Aqmal Razarudin, 24, yang pernah bermalam di Hotel Holiday Inn, Alor Setar, Kedah pula, tidak timbul isu hubungan renggang atau kurang akrab dalam kalangan ahli keluarga ekoran trend itu.

Sumber : Kosmo
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli