Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Apakah Perbezaan Ketara Antara Asean NCAP Dengan Australia NCAP



Sejak beberapa hari lalu pihak Produa melancarkan model terbaru dan sedan pertama mereka, Produa Bezza di mana ianya sungguh cantik dan sporty sehingga pandangan kali pertama sudah jatuh hati.

Namun dilihat di laman sosial, ternyata mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, ada yang memuji, ada yang mengkritik dan ada yang membanding-bandingkan sehingga ke tahap memperlekehkan kereta lain.

Sebenarnya masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing,terserah kepada pengguna untuk memilih mana-mana kereta yang mereka mahukan.

Tidak mahu sentuh pasal kehebatan mana-mana kereta, kali ini admin ingin ceritakan apakah perbezaan ketara antara Asean NCAP dengan Australasian NCAP.

Kedua-duanya ini mempunyai kelas dan level tersendiri.

Berdasarkan kualiti test, Australasian NCAP tahapnya lebih tinggi berbanding Asean NCAP.

Memetik tulisan saudara Jasri Saugi, katanya perbezaan 'test'nya adalah dari segi keseluruhan di mana menurut beliau Asean NCAP hanya melakukan satu ujian iaitu untuk 'frontal offset crash test' atau ujian kemalangan daripada depan.


Manakala Australasian NCAP Test melakukan lima jenis ujian iaitu.

1) frontal offset crash test


2) Side impact crash test
3) Pedestrian Test
4) Pole test
5) Whiplash test







Menurutnya kereta Malaysia yang mempunyai standard Australia NCAP adalah Proton Preve 5 bintang.

Menurut beliau, ianya bukanlah untuk mengkritik, cuma mengharapkan Asean ACAP meningkatkan standard piawaian agar sama dengan NCAP yang lain.

"Ternyata di sini Australia NCAP lebih ketat 'safety rules' untuk dapatkan 5s tar rating dan perlu melepasi semua test tersebut berbanding dengan Asean NCAP yang hanya satu jenis test sahaja,'' katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli