Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahli Perniagaan Terkedu Kereta Lamborghini RM800,000 Dibawa Lari


Serdang, 27 Julai: Seorang ahli perniagaan terkedu apabila kereta mewah model Lamborghini yang berharga RM800,000 dilarikan oleh tiga penjenayah yang bersenjatakan parang.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa, 31, berkata dia dirompak oleh pnejenayah-penjenayah itu ketika memandu bersendirian di Jalan Wawasan, Puchong di sini.

Harian Metro melaporkan sumber berkata, mangsa dieekori oleh suspek yang memandu kereta mewah model BMW.



Menurutnya juga, suspek berpura-pura melanggar Lamborghini mangsa sehingga menyebabkan mangsa berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan yang dialami.

Salah seorang suspek kemudian keluar dari kenderaannya dan ‘berlakon’ berbincang dengan mangsa berhubung kerosakan kereta ‘sport’ itu.", kata sumber itu.

TMO pula melaporkan Ketua Polis Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alis berkata salah seorang suspek bercakap dengan mangsa dan mendakwa tidak mempunyai wang untuk membayar kerosakan.

Dua lagi suspek kemudian keluar dari BMW itu dengan parang ketika mangsa mengambil foto kedua-dua kereta itu.

Mangsa kemudian melarikan diri apabila diancam oleh suspek sebelum mereka melarikan kereta Lamborghini milik mangsa. - Siakapkeli.my

Sumber : Harian MetroTMO
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli