Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(6 Foto & Video) 'Ular Raksaksa' 8 Meter Gemparkan Penduduk di Indonesia


Makassar - Seekor ular sawa 'raksaksa' sepanjang 8 meter mengegarkan penduduk Dusun Jennematallasa, Desa Lantang di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Laporan Detik melaporkan, ular itu yang dipercayai berasal dari hutan simpan ditangkap oleh penduduk pada Selasa lalu di sebuah kawasan penternakan lembu penduduk kampung itu.

Difahamkan juga, puluhan penduduk bertungkus lumus selama 3 jam untuk menangkap ular terbabit.

Seorang penduduk, Daeng Raga, 50, berkata kepada wartawan bahawa sebelum ular itu ditangkap, warga Desa Lantang kerapa kehilangan lembu ternakan mereka.

"Ramai penduduk yang syak kehilangan anak lembu mereka disebabkan dimakan ular, dan ianya ternyata betul kerana ada seekor ular sawa yang berasal dari hutan masuk ke kampung ini, kata Daeng.

Seorang lagi penduduk yang terlibat dalam operasi menangkap ular berkenaan, Daeng Nakku, 40, berkata panjang ular itu melebih 8 meter.

"Panjangnya delapan meter lebih dan besarnya hampir sama dengan badan orang dewasa," kata Daeng Nakku. - Siakapkeli.my


Sumber : Detik, Tribunnews








Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli