Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Lelaki Lemas Ketika Cuba Selamatkan Wanita Bunuh Diri


China, 17 Julai - Lima lelaki mati secara tragis apabila lemas selepas cuba menyelamatkan seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan melompat ke dalam sungai.

Menurut China News, insiden itu berlaku di bandar Dunhuang, wilayah Guansu kira-kira 6.45 petang waktu tempatan.

Sekumpulan pekerja dari sebuah syarikat tempatan, yang terdiri dari wanita tersebut dan 4 orang rakan sekerja lelakinya sedang menikmati makanan dan minuman apabila wanita itu berkata dia tidak mahu hidup lagi dan terjun ke dalam sungai berdekatan.

Pada mulanya keempat-empat rakan wanita itu terjun dan berjaya menarik wanita itu keluar dari sungai tersebut.

Namun wanita itu lagi sekali cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai yang sama sebelum rakan-rakan sekerjanya sekali lagi terjun untuk menyelamatkannya.

Lebih menyedihkan, seorang penjaga gerai berdekatan turut terjun sama untuk membantu selepas keadaan menjadi tidak terkawal.

Namun, keenam-enam mereka lemas di dalam sungai tersebut. - Siakapkeli.my

Sumber : http://shanghaiist.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli