Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Filem Baru Yang Mesti Anda Tonton Minggu Ini

2 ulasan

Minggu ini merupakan minggu yang perlu diberi perhatian oleh penggemar-penggemar filem. Lebih-lebih lagi apabila dua bintang besar - iaitu Rajinikanth dan Jackie Chan - tampil menerusi filem masing-masing di panggung minggu ini.

Jika anda mempunyai banyak masa 'free' lagi minggu ini & minggu depan, ini senarai 5 filem-filem terbaru yang boleh anda tonton.


1 - Kabali
Rating IMDB : 7.7



Tidak perlu diperkenalkan lagi, filem yang dibintangi oleh Rajinikanth ini sudah menjadi buah mulut orang ramai sejak beberapa bulan yang lalu.

Filem ini mengisahkan tentang zaman sebelum kemerdekaan India yang mana ramai orang Tamil dari Selatan India dihantar ke Malaysia untuk menjadi buruh. Rajni, seorang protagonis, menentang perkara ini dan selepas dipenjarakan dalam tempoh yang lama, dia bertekad untuk berjuang demi rakyat negaranya.


2 - Skiptrace
Rating IMDB : 7.1




Mungkin cerita ini tidak menjadi bualan mulut orang Malaysia kerana tidak mendapat 'marketing' yang cukup disini. Tapi, cerita yang dibintangi oleh Jackie Chan ini mendapat rating yang tinggi IMDB.

Skiptrace mengisahkan tentang seorang detektif dari Hong Kong yang bekerjasama dengan seorang pemain judi di Amerika untuk melawan penjenayah China yang digeruni. Klasik, tapi tetap mendapat rating yang tinggi!

3 - Star Trek Beyond
Rating IMDB : 7.7




Bagi peminat tegar Star Trek, anda tidak mahu terlepas menonton Star Trek Beyond.


4 - The Infiltrator
Rating IMDB : 7.3



Filem The Infiltrator mengisahkan bagaimana seorang pegawai kastam AS mendedahkan skim penggubahan wang haram yang melibatkan raja dadah Kolumbia Pablo Escobar. Menurut sinopsis di IMDB, cerita ini berasal dari kisah benar.

5 - Sultan
Rating IMDB : 7.4



Filem Hindustan yang dibintangi oleh Salman Khan ini adalah sebuah filem bergenre romaktik-aksi berdasarkan kisah fictional tentang seorang pakar gusti dan seni pertahankan diri, Sultan Ali Khan.

- Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 2 ulasan )
  1. filem terbaru lakonan rosyam nor--> http://tryklik.blogspot.my/2016/07/rosyam-nor-bergandingan-dengan-aktor.html

    BalasPadam
  2. filem terbaru lakonan rosyam nor--> http://tryklik.blogspot.my/2016/07/rosyam-nor-bergandingan-dengan-aktor.html

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli