Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Sekeluarga Ditembak Mati Termasuk Seorang Kanak-Kanak 2 Tahun di Batu Maung



BAYAN LEPAS 13 Julai- Empat sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak berusia 2 tahun, maut ditembak dalam satu kejadian di sebuah kilan gmemproses ayam di Batu Maung, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi tiu, keempat-empat mereka iaitu - pasangan suami isteri berusa 50 dan 55 tahun - anak lelaki mereka yang berusia 30-an dan cucu berusia 2 thun mati ditembak suspek yang juga anak kepada pasangan itu.

Mangsa dikenali sebagai Tan Hock Choon, 50, dan pasangannya Tan Saw Sim, 55, serta Chung Wah Tong berumur dalam lingkungan 27 ke 30 tahun dan anak perempuannya berumur dua tahun yang hanya dikenali sebagai Ah Bee.

Kteua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Razaruddin Husain @ Abdul Rasid, suspek yang berusia 32 tahun itu bertindak menembak kesemu amangsa selepas tercetus satu pergaduhan yang dipercayai selepas suspek gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

"Menerusi siasatan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak menjumpai barang berharga selepas menyelongkar bahagian yang dijadikan rumah oleh pengusaha ayam proses di kilang terbabit.

"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat sebanyak 11 das menggunakan pistol semi automatik," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Polis kini sedang memburu suspek yang melarikan diri dengan sebuah Toyota Hilux bernombor pendaftaran PLJ 7392 untuk membantu siasatan kes.


Sumber: Utusan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli