Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

14 Individu Termasuk 2 Datuk Ditahan Berhubung Kes Penipuan Skim Pelaburan RM 35 juta



Kuala Lumpur, 21 Julai: Polis telah menahan 14 individu termasuk dua bergelar Datuk di Selangor, Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan nilai sejumlah RM 35 juta.

Tangkapan itu dibuat kelmarin.

Tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Operasi, Risikan, Teknikal, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK) Bukit Aman, Pasukan Khas Siasatan Bersepadu (PKSB) dan pasukan Pencegahan dan Penggubahan Wang Haram (AMLA), lapor Harian Metro.

Harian Metro melaporkan, sumbe rpolis memberitahu mereka yang ditahan dipercayai ahli sindiket tersebut, termasuk dua Datuk yang menjadi dalang utama skim berkenaan.

Kata sumber itu juga, 9 buah kereta turut dirampas iaitu Range Rover Evoque, Mercedes Benz, Honda Accord, Volkswagen, Toyota Caldina, Toyota Prius, Toyota Vios dan Proton.

"Beberapa barang kemas, beg berjenama, buku bank, kad bank, borang pelaburan dan telefon serta komputer yang dipercayai digunakan untuk operasi sindiket ini turut dirampas,"katanya. - Siakapkeli.my

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/153445
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli