Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warkah Buat Isteriku Tercinta, 'Selamat Tinggal Dear'

No Comment

Kehilangan orang tersayang memang sungguh memeritkan, apatah lagi orang yang kita sayang itu pergi meninggalkan kita untuk selamanya.

Namun, setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya, kita sebagai hamba yang lemah haruslah menerima segalanya itu dengan redha, anggap apa yang terjadi sebagai satu ujian daripadaNya.

Seorang suami bernama Aman Shah telah memuatnaik satu nukilan menyatakan kerinduan kepada isterinya yang telah pergi selamanya bertemu sang Pencipta.

Namun kami tidak dapat pastikan isteri Encik Aman menghidapi sakit apa. Jom kita baca nukilan hati beliau.


"Warkah buat isteri...."

Selamat Tinggal Dear...

Assalamualaikum U guys....

Hanya U guys n me sahaja kini.....

My Dear sudah meninggalkan I dan kita semua buat selama lamanya pada 2 April lalu, jam 9.55am ketika I disisinya...

Meninggalkan kita dan menuju pada tempat yang lebih baik, yang lebih selesa dan kini bersama sama di dalam kelompok orang orang yang mendapat keampunan Allah, Rahmat Allah dan kasih sayang dari Allah.....INSYALLAH...amin..amin..amin Ya Roballa'lamin..


Sehari sebelum itu, I banyak menghabiskan masa bersama Gee, berbeza dari hari-hari sebelumnya..pelukan, ciuman kasih dari suaminya ini tak putus2 I berikan..

Sehingga pada solat Magrib, hati I berkata dengan jelas.."Lepas solat Isyak nanti pergi gunting rambut, kemas2kan janggut tu, siap siap.." kata hati I. 

Memang I pergi menguruskan kata hati tu tadi tanpa tertanya tanya..Balik sahaja ke rumah lepas tu I terus menghabiskan masa semula dengan Gee..Bila I usap dahinya I dapat rasakan Dahi Gee lembab, bukan berpeluh..Hati ni berdebar sebentar..Tanda2nya pemergian Gee jelas. I membisikkan kalimah shahadah berulang2 kat telinga Gee sehingga Gee tertido dengan tenanggggg sekali...

Keesokkan pagi bila I nak siapkan susu Gee pada waktu tertera di atas..Di depan mata I, Gee menarik nafas perlahan dan sungguh sungguh tenang 2 kali..kemudian segala galanya terhenti....Ibaratkan Gee telah mengucapkan Selamat Tinggal buat selamanya di dunia ini pada I..


Terus memeluk lembut n erat Gee, I ucapkan kalimah kalimah yg sepatutmya, di iringi airmata yang tidak dapat di tahan tahan lagi...Selesai I peluk Gee.....Wajah dan badannya bagaikan "glowing"..macam bercahaya lembut..! Dan sekali lagi I memeluk arwah Isteri saya kembali....

Segala urusan jenazah sangat mudah dan terasa cepat sekali, jam 3 petang solat jenazah di Masjid Rasah dan kemudian ke Makan Tuan Hj Said, Seremban. Hanya I yang menemani jenazah di dalam van ketika tu..

Tiada apa yg dapat I katakan waktu itu...hanya sepi..Sampai sahaja di kawasan Makam, tiba2 bau wangi mula terasa dlm van tu..bila semakin hampir "Rumah" Gee, bau wangi semakin kuat..Terus I berkata pada arwah.." 

"Rupa rupanya u Dear tak sabar sabar nak ke rumah u yea.."


Tersenyum I keseorangan apabila terasa di hati betapa bertuahnya U Dear di sisi Allah..Bila tiba di ruang lahat u, semua org nampak betapa kemas dan kelihatan sangat bersihnya...Wajah u I buka kain kapannya untuk mencium tanah, sekali lagi sangat cerah dan ketenangan wajah u jelas kelihatan. Salam terakhir I bisikkan pada Gee dan I berkata...

" Dear..awak tunggu saya yea, pasti I akan jumpa awak nanti..InsyAllah."......

BERTUAH u Dear...INSYALLAH..


Perginya u Dear, meninggalkan perasaan rindu yangg ikhlas di hati suami u ini...Selamat Tinggal Sayang...

Subhanallah....

Semoga roh isteri Encik Aman ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan sentiasa dirahmatiNya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli