Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terlanggar Mercedes Benz


PETALING JAYA, 26 Jun - Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu olehnya berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Teknologi 3/6A berdekatan persimpangan Uptown Kota Damansara dalam kejadian tengahhari tadi.

Dalam kejadian pada pukul 12.34 tengah hari itu, mangsa, Norazlin Haron, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, siasatan awal mendapati kereta Honda dipandu Norazlin bersama tiga lagi penumpang lain dari arah Sri Gombak menghala ke Kota Damansara.

Katanya, manakala kereta Mercedes Benz itu dari arah Jalan Teknologi 3 ke Signature Park, Kota Damansara.

Polis mengesyaki, kereta dipandu Norazlin yang keluar dari simpang melanggar sisi belakang kanan Mercedez-Benz yang berada di jalan utama.

Perlanggaran itu menyebabkan Norazlin maut di tempat kejadian manakala kesemua penumpang kedua-dua kereta berkenaan selamat dan tidak mengalami kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Zani, pihaknya kini sedang mengesan saksi kejadian untuk membantu siasatan.

Sementara itu, The Star melaporkan, Pegawai Bomba, Rosdi Hainan berkata beg udara pemandu didapati telah pecah ketika kejadian.

Laporan itu juga menyebut, selepas kejadian, kerosakan pada kereta yang dipandu mangsa hanya kerosakan kecil.

Sumber : The StarKosmo!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli