Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral Di Laman Sosial Dakwa Pelakon Dan Pelawak Acapan Telah Peluk Islam


Tersebar di laman sosial kononnya Pelakon dan pelawak veteran, Acapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan,58, telah memeluk Islam, selepas gambarnya menjadi viral di media sosial.

Berita ni telah disampaikan oleh pelakon Mustapha Kamal melalui laman Facebook beliau dengan beberapa gambar Acapan bersama rakan artis yang berhijrah serta video.

Menurut beliau. nama baru bagi Acapan ialah Muhammad Ramadhan, diambil sempena nama bulan yang mulia ini, bagaimanapun berdasarkan laporan Kosmo! nama Islam Acapan ialah Shahrin Abdullah.

Memetik tulisan Facebook milik seorang jemaah dakwah, Maulana Helmi katanya Acapan telah memeluk Islam di Surau Palembang Jenderam Hilir.

"Nama Islamnya adalah Muhammad Ramadhan bersempena bulan dia menerima hidayah dari Allah swt, biar pun pada awalnya dia menyukai nama Syahrin, tapi setelah diberitahu bahawa maknanya adalah sebulan maka dia bersetuju dengan nama pilihan kami semua iaitu Muhammad Ramadhan."

"Dia yang awalnya datang untuk melihat jemaah kami berbuka puasa akhirnya dibukakan pintu hidayah untuk memeluk Islam lewat pagi tadi," tulisnya.

Bagaimanapun kami belum dapat pastikan kesahihan berita ini lagi sehingga disahkan oleh tuan punya badan. - Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli