Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Rakaman CCTV Remaja Perempuan Diganggu Lelaki Dipercayai Kurang Siuman Dalam Lif Jadi Viral


14 Jun - Satu video yang merakamkan seorang perbuatan seorang lelaki cuba mengganggu seorang remaja perempuan di dalam sebuah lif menjadi viral di media sosial hari ini.

Video yang berdurasi selama 1 minit 37 saat itu memaparkan lelaki berkenaan yang masuk kemudian dalam lif tersebut cuba memegang-megang remaja terbabit.

Menerusi pengamatan Siakap Keli pada komen dari mereka yang mengenali lelaki tersebut, lelaki itu dipercayai sememangnya kurang siuman.

Remaja itu kemudian cuba menepis lelaki itu tetapi dihalang. Selepas beberapa kali mencuba gadis itu berjaya keluar dari lif terbabit.

Video itu dimuat naik di page Metafora Anafora dan mendapat lebih dari 3,000 perkongsian dan mendatangkan pelbagai reaksi dari netizen yang ingin pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut.

Difahamkan juga, video berkenaan turut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook di timeline Siakapkeli petang tadi sebelum dimuatnaik oleh page Metafora Anafora.

Namun lokasi kejadian tidak dinyatakan. - Siakapkeli.my

[Kemaskini]
Penghuni flat tempat kejadian ketika dihubungi Siakap Keli berkata lelaki di dalam video terbabit mempunyai surat gila dan sudah beberapa kali mengganggu penduduk dan orang di sekitar flat berkenaan.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli