Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pekerja Bank Dirotan Atas Pentas Kerana 'Tak Berusaha di Luar Kemampuan'

No Comment

China - Satu video viral yang merakamkan bagaimana pekerja-pekerja di Rural Commercial Bank di Changzhi, wilayah Shanxi, dirotan di atas pentas kerana tidak 'berusaha di luar kemampuan' mereka menyebabkan netizen di negara terbabit mengkritik cara syarikat-syarikat di China mengajar pekerja-pekerja mereka dan juga menyalahgunakan kuasa.

Video yang mula viral pada Isnin itu memaparkan seorang jurulatih yang menghukum 4 orang pekerja lelaki dan 4 orang pekerja wanita di hadapan umum di dalam satu sesi latihan pekerja yang menggunakan khidmat jurulatih luar.


Sebelum mereka menerima 'hukuman rotan' itu, jurulatih itu bertanya sama ada kelapan-lapan mereka layak menerima hukuman tersebut kerana tidak melakukan dengan baik sepanjang aktiviti hari tersebut.

"Saya tak buat di luar kemampuan", kata seorang pekerja.

"Saya tak cukup berani lagi", balas seorang lagi.

"Sediakan punggung kamu!", kata jurulatih itu sebelum merotan punggung kelapan-lapan pekerja tersebut berulang-ulang kali.

Shanxi Rural Credit Coorporatives telah pun membuat kenyataan rasmi mengenai kejadian terbabit dan mengesahkan video itu dirakam di sesi latihan "Breakthrough in Performance" yang melibatkan 200 staff di Zhangze Rural Commercial Bank.

Bank terbabit berkata dia telah membatalkan latihan itu dan menggantung dua dari eksekutifnya kerana gagal menyiasat program itu dengan sempurna.

Laporan dari SCMP menyebut, jurulatih yang membedal punggung pekerja adalah seorang jurulatih dari Shanghai Hongfeng Leadership Academy.

Jurulatih yang bernama Jiang Yang itu telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada umum dan berkata dia bertindak sedemikian kerana cuba 'membangunkan' cara pelajar berfikir dan menggalakkan mereka untuk lebih kompetatif.

Beijing Times pula melaporkan, seorang sumber yang enggan dikenali berkata Jiang mengenakan caj sebanyak 100,000 yuan (RM 61,240) sehari untuk sesi latihan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli