Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Lebih 50 Ekor Monyet Mati Gara-Gara Pokok Besar Tempat Mereka Tidur Tumbang


Chanthaburi: Kira-kira 50 ekor monyet ekor panjang dilaporkan mati selepas pokok besar yang dipenuhi haiwan berkenaan untuk tidur tumbang ke atas padang sebuah sekolah di daerah Muang awal pagi Selasa 15 Jun lalu.

Memetik laporan Thai PBS, Pengarah sekolah Khao Wongkot, En Rangsan Kumtrakul berkata, adalah amat bernasib baik kerana pokok besar berkenaan tumbang ketika awal pagi di mana pelajar belum datang sekolah.




Menurut beliau, dia mengesyaki yang tanah pada bahagian bawah pokok berkenaan telah dihakis air kerana hujan lebat sejak kebelakangan ini sehingga menyeban pokok itu tumbang dan menghempap monyet yang tidur di atasnya selain dari terhempas kuat jatuh ke tanah.

"Semua monyet yang dijumpai mati adalah 52 ekor termasuk beberapa ekor yang masih kecil ditemui di bawah dahan pokok."

"Saya amat sedih dengan kematian begitu banyak monyet kerana moyet-monyet ini sudah lama tinggal di sini dan sebati dengan sekolah, di mana mereka sering berkeliaran mencari makanan tetapi tidak mengganggu pembelajaran," katanya.


Beliau dengan bantuan beberapa orang pelajar telah mengorek tanah di sekitar kawasan itu dan menanam semua monyet yang mati.

Manakala beberapa ekor monyet yang dijumpai cedera telah dihantar kepada pegawai klinik haiwan wilayah untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli