Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video Eksperimen Sosial) Apakah Reaksi dan Layanan Orang Ramai Terhadap Kanak-Kanak Gelandangan?

No Comment

Sekiraya anda melihat seorang kanak-kanak bersendirian di khalayak ramai, apakah yang anda akan lakukan?

Inilah persoalan bagi eksperimen sosial yang dilakukan oleh pihak Unicef untuk melihat adakah orang ramai akan melayan kanak-anak kecil itu berdasarkan pemakaiannya.

Unicef, ataupun United Nations Children's Fund, memuat naik satu video di laman Facebook mereka semalam (28hb) akhirnya membuahkan hasil yang sangat mengejutkan.

Video tersebut kini telah ditonton sebanyak 3.2 juta netizen semenjak ia dimuatnaikkan dan menerima sebanyak 1.8 ribu jumlah komen dari orang ramai.



Pada mulanya eksperimen itu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang juga seorang pelakon bernama Anano dipakaikan dengan pakaian yang elok dan berdiri dikhalayak ramai. Eksperimen ini diadakan di Tbilisi, Ibu negara Georgia.

Tidak mengambil masa yang lama untuk orang ramai mula memberi perhatian dan mendekatinya bertanya adakah dia sesat.

Ada sesetengah mereka cuba untuk memegang dan menenangkan kanak-kanak tersebut.

Setelah itu, senario ditukar, kali ini Anano dipakaikan dengan pakaian seolah-olah dia adalah seorang kanak-kanak gelandangan dengan pakaian kotor, kesan-kesan kotor pada muka dan rambut.

Kali ini kita boleh melihat tiada seorang pun yang berhenti dan memberi perhatian walaupun dia berada di tempat yang sama pada senario sebelumnya.

Eksperimen diulangi lagi di sebuah restoran dan hasilnya tetap sama.

Orang ramai kelihatan mengalihkan beg mereka apabila “gelandangan” itu mendekati mereka seakan-akan dia seorang penyeluk saku.

Lebih teruk lagi, seorang lelaki dalam restoran tersebut memanggil pekerja retoran untuk menghalau dia keluar.

Tidak dapat menahan rasa sebak, sedih dan tertekan diperlakukan sebegitu, pelakon kanak-kanak itu secara emosi terus melulu keluar sambil menangis dari restoran berkenaan.

Setelah ditemuramah oleh kru-kru, dia menyatakan perasaannya ketika tidak dipedulikan dan ditolak tepi oleh mereka-mereka yang tidak dikenali.

“Kerana wajah saya nampak kotor, pakaian saya kotor itulah yang membuat saya rasa sedih”, katanya

”Tak tahu, mereka suruh saya pergi dari situ” tambahnya lagi.

Mendengar kata-kata dari kanak-kanak itu walaupun dia hanya sekadar berlakon sebagai seorang budak gelandangan seakan-akan merasa dan mengerti apakan perasaan kanak-kanak gelandangan sebenar. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli