Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Budak 'Tergemuk di Dunia' Dipaksa Berdiet Untuk Selamatkan Nyawanya


Indonesia, 29 Jun - Seorang budak yang digelar budak tergemuk di dunia dipaksa mengambil diet untuk menyelamatkan nyawanya.

Arya Permana yang berusia 10 tahun diklasifikasikan sebagai obes terlampau dengan berat 190kg.

Dengan berat yang terlampau itu, Arya tidak mampu lagi berjalan dan terpaksa berhenti sekolah kerana terlalu obes.

Kerana sudah tidak mampu mencari pakaian yang boleh memuatkan Arya, ibu bapa kanak-kanak itu mengambil keputusan bahawa dia mesti berhenti makan.

Ibunya, Rokayah Somantri berkata : "Dia selalu lapar dan biasanya akan makan dua kali ganda dari orang dewasa makan pada satu-satu masa. Dia selalu penat dan mengadu semput.

"Dia hanya makan dan tidur dan bila tiada apa lagi yang boleh dibuat, dia akan masuk ke dalam kolam mandi dan duduk disitu beberapa jam."



Arya, anak kedua hasil perkahwinan Rokayah, 35 dan Ade Somantri, 45 lahir dengan berat 3.17kg.

Menurut Rokayah, Arya mula menjadi gemuk sejak umur dua tahun. Pada mulanya Rokayah dan suaminya melihat peningkatan Arya sebagai 'sihat' dan mereka tidak risau langsung.

Rokayah berkata : "Dulu kami gembira melihat dia semakin sihat dan beranggapan dia gembira dan anak yang sihat.

"Tetapi beberapa tahun kemudian, selepas dia semakin besar dan beratnya tidak dapat dikawal, kami mula sedar dia sebenarnya sakit dan memerlukan rawatan."



Rokayah dan suami telah membawa Arya ke beberapa orang doktor di kampung di Cipurwasari di barat Java, Indonesia, namun mengejutkan, doktor-doktor itu tidak dapat menemui sebarang benda yang ganjil tentang kenaikan berat Arya.

Kerana tidak mampu membayar harga rawatan hospital yang mahal, Rokayah berkata dia dan suami terpaksa memaksa anaknya itu mengawal pemakanan dengan memakan 'Brown Rice' dengan harapan ia dapat mengurangkan berat anaknya itu.

"Tak ada ibu yang mahu berhenti memberi makan kepada anaknya tapi saya tiada cara lain. Saya beri dia makan diet "Brwon rice". Saya tak pasti jika ia dapat membatu tapi ini hanya satu cara yang saya ada untuk berhentikan dia dari jadi semakin besar", tambah Rokayah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli