Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Touch 'n Go Perkenal Jam Tangan



PUTRAJAYA,3 Jun: Touch 'n Go Sdn Bhd (TNGSB) hari ini melancarkan jam yang berserta kada bayaran pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan ciri bayaran dan tambah nilai.

Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Syahrunizam Samsudin, berkata jam itu membolehkan pengguna membuat pembayaran di beberapa premis yang telah dilantik oleh TNGSB.



"Kita mahu mempromosikan gaya hidup tanpa tunai. Jika dilihat, di Malaysia kini ramai peniaga kecil yang bekerjasama dengan TNGSB untuk meletakkan mesin pengimbas bayaran di premis mereka.

"Bagi tambah nilai pula, ia sama seperti menggunakan kad Touch 'n Go iaitu pengguna hanya perlu menyentuh jam berkenaan pada mesin tambah nilai.

"Kadar tambah nilai juga sama iaitu minimum RM10 manakala nilai maksimum dalam jam berkenaan ialah RM1,500," katanya pada sidang media selepas memperkenalkan jam yang diberi nama 'Time Traveller' itu.



Dari segi penampilan pula, buat masa sekarang jam itu hanya didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Jam "Time Traveller" itu dijual dengan harga promosi RM155 sehingga Ahad ini berbanding harga biasa RM239.



"Warna lain seperti coklat, merah jambu dan biru akan dikeluarkan Ogos depan," katanya. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli