Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tisu Tandas Papar Wajah Trumpp Laris Dijual



BEIJING: Berikutan kenyataan anti Beijing yang dikeluarkan oleh calon presiden daripada Parti Republikan, Donald Trump sebelum ini, nampaknya sentimen rakyat China terhadap calon presiden Amrike Syarikat semakin menebal.

Terbaru, syarikat Qingdao Wellpaper Industrial Co. yang berpangkalan di wilayah Shandong telah mengeluarkan tisu tandas yang memaparkan muka Trump, dan apa yang menarik tisu berkenaan mendapat permintaan yang tinggi sejak Februari lalu.

Syarika itu telah mengeluarkan tisu tandas 'Dump with Trump' yang memaparkan pelbagai ekspresi muka Trump dengan harga 50 sen setiap gulung

Jurucakap Qingdao memberitahu China Daily, syarikat tersebut menerima 100 gulung tempahan pada permulaan penjualan dan tempahan kini meningkat ke 5,000 gulung pesanan.

Malahan bintang bola sepak wanita kebangsaan Amerika Syarikat, Sydney Leroux turut menempah dan menggunakan tisu berkenaan di mana dia telah memuat naik gambar tisu tandas itu di laman Instagramnya bulan lalu.

Berdasarkan rekod, sehingga kini tisu berkenaan majoritinya dibeli pembeli adalah dari Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, Qingdao turut menjual tisu tandas yang memaparkan wajah  Calon presiden mewakili parti Demokrat Hilary Clinton namun purata penjualan adalah lebih rendah daripada Trump iaitu enam daripada 1. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli