Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Lebuhraya Baru Ini Siap, Memandu dari Malaysia ke India Mungkin Mengambil Masa Kurang Dari Seminggu


KUALA LUMPUR, 14 Jun : Bermula hujung tahun depan, anda mungkin boleh memandu dari Malaysia ke India dalam masa kurang dari seminggu.

The Economic Times of India baru-baru ini melaporkan sebuah lebuhraya sepanjang 1,400km kini dalam pembinaan.

Lebuhraya itu akan menghubungkan daerah Mae Sot di Thailand ke Moreh di India.

Duta India ke Thailand, Bhagwant Singh Bishnoi berkata 73 jambatan di Myanmar, yang dibina lebih 70 tahun lalu ketika Perang Dunia ke-2, akan dibaik pulih dengan dana dari India supaya kereta boleh melaluinya dengan selamat.

Beliau juga berkata apabila kerja baik pulih siap dalam masa 18 bulan, lebuhraya itu boleh dibuka untuk digunakan dari ketiga-tiga negara itu.

Jarak dari Bukit Kayu Hitam ke Mae Sot lebih kurang 1,500km. Ini bermakna perjalanan dari sempadan Malaysia ke Moreh, India hanya lebih kurang 3,000km.

Sumber : http://www.nst.com.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli