Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Belum Bersedia Peluk Islam, Henti Sebar Berita Tidak Betul Berkenaan' - Accapan


Pelakon dan Pelawak, Acappan meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita kononnya dia sudah memeluk Islam yang menjadi viral sejak semalam.

Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, berkata, gambar-gambar yang menjadi viral di laman sosial tersebu adalah ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa pada Ahad di sebuah surau di Salak Tinggi.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," ujarnya dipetik laporan mStar Online, ketika dihubungi di sini, Isnin.

Di dalam gambar berkenaan juga terdapat rakan-rakan artis yang disebarkan itu antaranya pelakon Isma Aliff, Ijam (Medicine) dan Iwan.

Malah turut disebarkan melalui laman Facebook artis yang mengucapkan lafaz syukur.

Dia dikatakan menggunakan nama Islamnya Shahrin Abdullah dan ada yang mendakwa namanya Muhammad Ramadhan

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Beliau memohon kepada semua supaya tidak mudah percaya berita yang tersebar tanpa pengesahan daripada mulut dia terlebih dahulu. - Siakapkeli.my

BACA: Viral Di Laman Sosial Dakwa Pelakon Dan Pelawak Acapan Telah Peluk Islam

**Betulkan admin cakap, berita ini tak sahih selagi tuan badan tidak sahkan.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli