Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Brunei Berang, 'Serang' Facebook Doktor Dari Malaysia Selepas Dakwa Hina Sultan Mereka


Sejak minggu lalu tersebar dikalangan netizen negara jiran kita, Brunei di mana sebuah pos dari rakyat Brunei yang menyatakan kecewa dan marah dengan tindakan seorang doktor dari Malaysia yang didakwa menghina Sultan mereka iaitu Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Doktor berkenaan yang juga merupakan individu yang agak dikenali di laman sosial dikatakan cuba membuat 'sarcasm' kepada mereka yang mempersoalkan jumlah bayaran bonus raya yang diberikan kerajaan kepada kakitangan awam dengan membandingkan negara lain dengan Malaysia.


Namun tindakannya membandingkan antara dua negara berbeza ini membuatkan 'followers'nya dari negara Brunei rasa tidak selesa kerana melibatkan pemimpin kesayangan negara mereka.


Rata-rata rakyat Brunei dilihat marah dan kecewa dengan tindakan doktor berkenaan di mana ramai mula 'menyerang' facebook doktor berkenaan menuntut dia meminta maaf.

Jom kita baca apa reaksi rakyat Brunei.





Bagaimanapun hasil carian kami, doktor berkenaan telah mengubah semula pos berkenaan selepas menerima kecaman orang ramai.


Meskipun dilihat Facebook doktor berkenaan 'diserang' dimana mereka menuntut beliau memohon maaf tetapi sehingga kini tiada sebarang pemohonan maaf yang dibuat oleh doktor berkenaan.- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli