Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Presiden Filipina Galak Orang Awam Bunuh Pengedar Dadah

No Comment


MANILA, 5 Jun: Presiden Filipina yang baharu, Rodrigo Duterte menggalakkan orang awam untuk membantunya memerangi jenayah dan menggesa agar rakyat yang memiliki senjata api untuk menembah dan membunuh pengedar dadah yang menentang tangkapan polis di kejiranan mereka.

"Sila hubungi kami, pihak polis, atau lakukan sendiri jika anda memiliki senjata api, saya menyokong anda," kata Duterte dalam satu siaran ucapan yang disiarkan di seluruh negara itu.

Duterte, 71 tahun memenangi pilihan raya presiden 9 Mei selepas berjanji menamatkan jenayah dan rasuah dalam tempoh enam bulan sebagai Presiden. Polis menganggapnya sekadar retorik kempen yang mustahil untuk dicapai.

Sumber :BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli