Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Mula Dijalankan

No Comment

Sebanyak 2,737 premis di Kedah yang membabitkan 10 taman perumahan telah diepriksa hari ini   melalui operasi penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal, lapor Berita Harian.

Pengarah SWCorp Kedah, Fadzilah Hasan, berkata jumlah terbabit adalah sebahagian dari 266,927 premis membabitkan 2,031 taman perumahan seluruh negeri ini yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Penguatkuasaan yang dilaksanakan hari ini disertai 58 anggota penguat kuasa yang akan memeriksa tong sampah PBT bagi melihat sama ada pemilik premis mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

"Jika pemilik premis gagal mengasingkan sisa pepejal, notis mesra akan diberikan sebelum tindakan sama dilakukan dalam tempoh tujuh hari," katanya dalam sidang media sempena operasi pengasingan sisa pepejal di sini, hari ini.



Selain Kedah, operasi berkenaan turut dilakukan di Negeri Sembilan di mama tujuh daerah negeri ini, iaitu Port Dickson, Tampin, Jelebu, Rembau, Kuala Pilah, Jempol dan Seremban.

Operasi berkenaan bermula kira-kira jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari, disertai oleh 41 anggota penguat kuasa dan lapan pegawai SWCorp bersama syarikat konsesi pembersihan di negeri ini, SWM Environment Sdn Bhd.

Pemilik premis yang tidak mematuhi pengasingan sisa pepejal di punca boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) - Siakapkeli.my






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli